Pengenalan Majlis Tertinggi Mahasiswi Pra Syukbah Tanta : Titik Tolak untuk Anjakan Saujana

10511265_924358910913954_8872805579025394557_n

TANTA, 4 Julai – Pada hari ini, mahasiswi ISMA Tanta dapat dikumpulkan bersama dalam program Pengenalan Majlis Tertinggi Pra Syukbah Mahasiswi ISMA Tanta  dan Iftar Jamaie. Program bermula pada pukul 6 petang dengan alunan ayat Al-Quran.

Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan watikah pelantikan kepada ketua-ketua unit. Barisan kepimpinan pada sesi 2014/2015 kali ini terdiri daripada:

Ketua : Nursakinah Zonkapri
S/U : Noorkumalasari Roslan
Ketua Perumahan: Siti Rasyiqah Abdul Ghani
Ketua Pengkaderan : Atiqah Syairah Kamarozzaman

Watikah yang disampaikan bukanlah satu gulungan kertas kosong, tetapi supaya setiap ketua merasakan ruh amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas di pundak masing-masing.

Setiap mahasiswi diingatkan bahawa pimpinan hanyalah medium permudah kerja tetapi yang bekerja sebenarnya adalah jiwa raga setiap ahli. Ibarat aur dengan tebing masing-masing perlu bersatu, bersama, dan bekerja keras untuk kemaslahatan umat umumnya dan komuniti Tanta sendiri khususnya. Majlis melabuhkan tirai dengan iftar jamaie.

Wartawan : Aina Nadia Ahmad Nadzri

Comments

comments

admin