Ihya’ Ramadhan Iskandariah 1435H : ‘ Andai Ini Ramadhan Terakhirku ‘

 Ihya’ Ramadhan Iskandariah 1435H : ‘ Andai Ini Ramadhan Terakhirku ‘

Presentation1

Wartawan:Kautsar Mohd Zahari

ISKANDARIAH, 30 Jun- Mahasiswi Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) cawangan Iskandariah telah menganjurkan program Ihya’ Ramadhan semalam di Bait Hikmah, Sporting yang bertemakan ‘ Andai Ini Ramadhan Terakhirku ‘ .

Program ini diadakan bertujuan untuk menyiapkan diri mahasiswi dengan bulan penuh barakah ini. Bulan Ramadhan ialah bulan di mana Al-Quran diturunkan dan pensyariatan puasa kepada kaum Muslimin. Program ini bermula pada jam 5.30 petang dengan tadarus Al-Quran dan seterusnya dengan penyampaian tazkirah oleh saudari Nurul Wahidah bin Ramli.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-Baqarah:ayat 183]

Allah S.W.T telah mensyariatkan puasa ke atas muslimin dan puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga, malahan ia adalah lebih daripada itu. Puasa adalah menahan diri dari segala aspek yang dapat menundukkan nafsu daripada bermaharajalela dalam diri. Contohnya, menundukkan pandangan, menahan marah, bersedekah, menunaikan zakat dan sebagainya.

“ Jangan jadi hamba kepada Ramadhan tetapi jadilah hamba kepada Allah, ” kata saudari Wahidah. Beliau mengajak semua mahasiswi untuk memperbaiki Ramadhan pada kali ini agar lebih baik daripada Ramadhan yang lepas dan berterusan melakukan ibadah walaupun bukan di bulan Ramadhan.

Program yang dihadiri seramai 25 orang diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan majlis bersurai pada jam 8 malam.

Comments

comments

admin