Program Istiqbal Ramadhan Tanta 1435H : Buyutuna Fi Ramadhan

IMG-20140626-WA0061

Wartawan: Nurul Athirah Ramli

TANTA, 26 Jun- Program Istiqbal Ramadhan bertemakan ‘ Buyutuna Fi Ramadhan ‘ mendapat sambutan dalam kalangan mahasiswi di Tanta walaupun segelintir pelajar masih belum tamat peperiksaan akhir tahun. Program berlangsung di Beit Amni selepas Asar dan tamat sebelum Maghrib.

Program ini diadakan bertujuan mewujudkan suasana Ramadhan di rumah-rumah, sebagai persediaan fizikal dan mental serta mencontohi amalan Rasulullah dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Program dimulakan dengan ucapan Ketua Cawangan Akhawat ISMA Tanta sesi 2014/2015, saudari Nursakinah Zonkapri diikuti tazkirah ringkas ‘ Ramadhan dan Perubahan ’ oleh saudari Norhafizah Noorizani.

Mahasiswi yang hadir memberi interaksi dan respon yang sangat baik. Slot ‘ Muhasabah Ramadhan ’ membuka ruang kepada pelajar untuk mengimbau kembali prestasi Ramadhan mereka yang lalu dan member anjakan amal bagi menghadapi Ramadhan yang bakal tiba.

Diharapkan dengan adanya program sebegini mampu memacu mahasiswi kearah Ramadhan yang berkualiti dan mengekalkan momentum untuk menghadapi bulan-bulan mendatang.

Comments

comments

admin