ISMA-Mesir merakamkan takziah buat keluarga Ummi Nadia

10336787_10152894115147977_7941024996908728176_n

ISKANDARIAH,15 Jun- ISMA-Mesir hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ummi Nadia Filzah bt Daud  yang meninggal dunia pada petang semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah. Arwah yang merupakan pelajar tahun 3 di Universiti Alexandaria dalam Kursus Pergigian didapati telah meninggal dunia akibat paru-paru lemah kesan daripada kemalangan yang dialaminya.

” (Iaitu) orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. ”
(Al-Baqarah: 156-157)

Pengerusi ISMA Mesir Ustaz Nik Rafie mengucapkan takziah diatas pemergian arwah.”Saya dan seluruh warga ISMA Mesir berasa sedih dan terkilan mendengar berita ini, kerana saya dan beberapa sahabat sempat menziarahi arwah pada minggu lepas ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kemalangan di Iskandariah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan menempatkannya bersama para solihin, juga semoga keluarga arwah tabah menerima musibah ini dengan doa”, ujarnya ketika dihubungi oleh pihak ISMA-Mesir.

Menurut sumber laman sosial ‘Facebook’, jenazah Ummi Nadia akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di sana dengan bantuan daripada pihak kedutaan.

Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. ISMA-Mesir mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlaha warhamha wa ’afiha wa’fu’anha. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Comments

comments

admin