ISMA Mesir lancar Tabung Infaq, kumpul 3000 LE dalam sehari

Tabung

KAHERAH, 6 Jun : ISMA Mesir telah melancarkan Tabung Infaq untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh enam orang mahasisiwi jurusan pergigian Universiti Iskandariah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, selasa lalu.

Memetik saranan Al-Quran untuk saling membantu dalam perkara yang membawa kebaikan, seluruh ahli ISMA Mesir di setiap cawangan bersungguh-sungguh dan konsisten dalam menjayakan kutipan infaq tersebut yang dijalankan melalui sistem rumah ke rumah.

Menurut Ustaz Assiddiq Bin Fauzan, EXCO Hal Ehwal Dalaman ISMA Mesir, Tabung Infaq yang baru dilancarkan semalam telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dalam komuniti mahasiswa Malaysia di Mesir dan telah berjaya mengumpul sebanyak £E 3,000.00 dalam tempoh 24 jam.

“Bagi pihak ISMA-Mesir, kami berharap jumlah ini akan terus meningkat bagi meringankan lagi beban mangsa yang memerlukan kos rawatan mencecah £E 40,000.00 seorang”, ujar beliau lagi.

Justeru itu, ISMA Mesir menyeru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil untuk bersama-sama bersatu bagi membantu mangsa-mangsa kemalangan tersebut.

Pihak ISMA Mesir juga telah membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang berada di Mesir mahupun di luar Mesir untuk menghulurkan sumbangan kepada mahasiswi-mahasiswi terbabit melalui akaun HSBC Mohamad Saif bin Jamaluddin, nombor akaun HSBC 311133524025.

Bagi sumbangan melalui bank-in, penderma dikehendaki memaklumkan jumlah dan masa melaui khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian +201111721062

 

Comments

comments

Comments are closed.