Kelahiran Seorang Pewaris Risalah

10341723_10204015290889560_3255479862687114274_nMadinat Nasr, 24 Mei: Sekalung tahniah buat Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Nik Rafie Nik Zainal Alam dan pasangannya, Ustazah Siti Rodhiah Othman atas kelahiran mujahid mereka seberat 3 kg di Hospital Muhd Ali Badawi, Abbas Aqad, Kaherah sekitar jam 6.44 petang semalam.

Bayi lelaki kedua pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 23 Mei 2014 bersamaan 23 Rejab 1435H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahid kecil ini menjadi penerus rantaian dakwah di bumi Mesir dan Malaysia kelak.

Comments

comments

Comments are closed.