Khidmat Masyarakat Wanita ISMA Mansurah Bersama Yayasan Terengganu

10271478_10203006527299384_6741528850433182875_n

Mansurah, 28 April: Unit Wanita ISMA Mesir cawangan Mansurah telah menganjurkan satu program Khidmat Masyarakat di surau bangunan Yayasan Terengganu baru-baru ini. Seramai 20 orang ahli telah menjayakan gotong-royong membersihkan surau tersebut.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara ISMA Mansurah dan Yayasan Terengganu. Di samping itu, program ini juga bertujuan melatih ahli memberikan khidmat kebajikan kepada masyarakat setempat.

 Program ini diakhiri dengan ucapan wakil Yayasan Terengganu, Ustaz Farid, serta sumbangan cenderahati yang disampaikan oleh Ketua Wanita ISMA cawangan Mansurah, Nur’izzah Abd Majid.

Ustaz Farid mengucapkan tahniah atas keaktifan ISMA melaksanakan program-program berbentuk ilmiah mahupun aktiviti kemasyarakatan. Beliau juga berharap ISMA dapat meneruskan usaha-usaha murni sebegini dalam menyediakan ahli untuk aktiviti-aktiviti bermanfaat di samping tugas menjadi seorang mahasiswa.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang dan menjadi titik tolak kepada ahli cawangan untuk bersama-sama dengan masyarakat.

 

Comments

comments

admin