Tahniah HALUANSiswa Mesir, bangkitkan semangat aktivisme mahasiswa

image

ABASIYYAH, 24 April : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan ribuan tahniah kepada kelab Siswa Haluan Mesir (HALUANSiswa Mesir) atas perasmian dan pendaftaran HALUANSiswa Mesir dengan pihak Education Malaysia Egypt (EME) semalam yang telah berlangsung di Dewan Malaysia Abasiyyah Kaherah, DMAK.

ISMA Mesir juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada HALUANSiswa Mesir yang dipimpin oleh saudara Ali Haniffah Bin Anuar atas kesudian menjemput wakil ISMA mesir iaitu saudara Ahmad Fahmi bin Abdullah Assuhaimi selaku Jawatankuasa Pusat ISMA Mesir ke program tersebut.

ISMA Mesir mengharapkan jalinan kerjasama yang lebih erat antara HALUANSiswa Mesir dengan ISMA Mesir pada masa akan datang. ISMA Mesir juga menyeru kepada HALUANSiswa Mesir supaya menyahut empat seruan yang dilaungkan oleh ISMA Mesir iaitu bersepakat,keterbukaan,berkualiti dan beragenda dalam usaha untuk membina mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti terutama di Mesir.

Semoga semangat aktivisme dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Sungai Nil akan semakin rancak dengan tertubuhnya HALUANSiswa Mesir.

Comments

comments

Comments are closed.