Tahniah buat pasangan pengantin, Umar dan Wafa

IMG_9938 (1)

 

 

(Wartawan: Fidaus Fakri, Jurukamera: Akram)

ABBASIYAH, 21 April- Seluruh warga ISMA-Mesir mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan mempelai, saudara Umar Farouq Bin Morhalim,23 dan saudari Wafa’ Binti Abdul Halim,24 di atas pernikahan yang telah berlangsung pada 21 April 2014 bersamaan 21 Rejab 1435H.

Saudara Umar Farouq Bin Morhalim merupakan pelajar Tahun 3 Pengajian Syariah Islamiah . Manakala pasangannya pula, Saudari Wafa’ Binti Abdul Halim, Tahun 2 Pengajian Usuluddin. Kedua mereka masing-masing memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung ISMA-Mesir dan Timbalan Ketua Wanita ISMA-Mesir.

Majlis yang bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah,Kaherah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 3 tetamu kehormat daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah iaitu En. Azmi b. Mohamad, Setiausaha Kedua Pendidikan,En. Hj. Muhammad Imran b. Ibrahim
Setiausaha Kedua Pendidikan AMPP, En. Ahmad Zakuan b. Md. Khudzari, Setiausaha Kedua Pendidikan PKPI. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan silat dan nasyid yang disajikan oleh pelajar Universiti Al-Azhar.

Warga ISMA Mesir mendoakan:

“بارك الله لكما وبرك عليكما و جمع بينكما في خير”

Semoga rumahtangga muslim yang dibina memberikan sakinah,mawaddah dan rahmah serta sentiasa diberkati Allah

Comments

comments

Comments are closed.