FBI : Ke Arah Mencapai Kedaulatan Islam Kali ke-2

 FBI : Ke Arah Mencapai Kedaulatan Islam Kali ke-2

10273130_10152806293202846_8923931062446527497_o

 

ISKANDARIAH, 20 April-“Tidak akan berjaya umat zaman akhir ini melainkan dengan apa yang dipegang oleh generasi pertama”-Imam Malik

Sehubungan itu, ISMA Iskandariah telah menganjurkan satu program yang dinamakan “Finding the Brightness of Islam” (FBI). Program ini bertujuan memberi gambaran tentang umat Islam kini dan Islam keseluruhannya.

Di dalam slot pertama iaitu Waqi‘(Realiti) Umat, peserta didedahkan dengan pelbagai ancaman yang berlaku di Malaysia oleh saudari Nur Akma Zainal Shahrom. Ancaman seperti hedonisme, liberalisme, LGBT(lesbian,gay,biseksual dan transeksual) dan sebagainya yang berbentuk peperangan idea telah menyusup masuk ke dalam minda setiap individu secara halus tanpa disedari .

Majlis diteruskan dengan slot kedua  yang disampaikan oleh saudari  Norliyana Sulaiman dengan tajuk “Jatuh Bangun Tamadun Ummat dan Malaysia yang Dinafikan Keislamannya”. Dengan mengimbas kembali sejarah kegemilangan Islam ketika zaman Abbasiyyah dahulu, tidak mustahil kejatuhan demi kejatuhan yang menimpa ummat Islam pada zaman sekarang dapat dipulihkan kembali justeru bergerak ke arah  menjulang ustaziatul alam buat kali kedua. Mahasisiwi juga diterapkan dengan kesedaran yang kukuh tentang betapa pentingnya kontrak sosial dalam perlembagaan Malaysia.

Resolusi kepada permasalahan yang berlaku di Malaysia malahan di seluruh dunia telah disepakati bahawa untuk mencapai negara Islam perlunya kepada perubahan bermula dari individu itu sendiri. Saudari Nur Hidayah Ilias telah membuat mahasiswi berfikir ke arah resolusi ummat melalui slot yang disampaikannya.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra’d:11

Program ini berlangsung pada jam 9.30 pagi bertempat di Bait Hikmah, Sporting dan seramai 15 orang mahasiswi yang menyertainya. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari setelah berakhirnya slot terakhir itu.

Comments

comments

admin