Sedia Pimpin Arus Mahasiswa, Tahniah JKP Baharu

IMG_9677

ABASIYYAH, 5 April : Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Jawatan Kuasa Pusat, JKP ISMA Mesir yang baharu atas watikah perlantikannya semalam di Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Mesir kali kedua yang telah diadakan di Dewan Malaysia Abasiyyah Kaherah. Perlantikan tersebut telah dijayakan oleh Ustaz Qamarul Naim Bin Mohd Faizal, mantan pengerusi ISMA Mesir sejurus pembubaran JKP bagi sesi 2013/2014.

Berikut adalah senarai Jawatan Kuasa Pusat, JKP ISMA Mesir bagi sesi 2014/2015 :

  1. Pengerusi ISMA Mesir   : Ustaz Nik Muhammad Rafie Bin Nik  Zainal Alam
  2. Timbalan Pengerusi        : Ahmad Farhan Bin Selamat
  3. Setiausaha Agung            : Umar Farouq Bin Morhalim
  4.  Bendahari Kehormat     : Ahmad Solehhudeen Bin Ismail
  5. Ketua Wanita                     : Fadhlin Sakinah Binti Mohd Hussaini
  6. Timbalan Ketua Wanita   : Wafa Binti Abdul Halim

EXCO-EXCO dalam  JKP ISMA Mesir sesi 2014/2015 :

  1. EXCO Sumber Manusia                   : Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
  2. EXCO Dakwah                                    : Ahmad Fahmi Bin Abdullah Asuhaimi
  3. EXCO Media                                       : Syed Anas Bin Syed Ismail
  4. EXCO Latihan dan Kepimpinan    : Abdur Rahman Bin Ahmad Raji
  5. EXCO Pengkaderan                          : Ahmad Naim Bin Mohd Rais
  6. EXCO Hal Ehwal Dalaman              : Mohd Assiddiq Bin Fauzan
  7. Tim. EXCO Sumber Manusia.         : Ustazah Maryam Binti Mohd Din

Upacara perlantikan barisan JKP ISMA Mesir sesi 2014/2015 disempurnakan dengan bacaan ikrar dan tandatangan surat pengiktirafan oleh Ustaz Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam sebagai Pengerusi ISMA Mesir yang baharu serta penyerahan Fail dan Briefcase Pengerusi oleh ustaz Qamarul Naim Bin Mohd Faizal, mantan pengerusi ISMA Mesir. Upacara ini disaksikan  oleh lebih kurang 200 para perwakilan dan pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Mesir kali kedua serta semua barisan JKP sesi 2014/2015.

Seluruh warga ISMA Mesir mengucapkan tahniah dan selamat berkerja kepada barisan kepimpinan JKP ISMA Mesir yang baharu atas perlantikan. Semoga dapat memacu amal ISMA Mesir dari semua aspek bagi menjayakan misi dan visi ISMA Mesir terutamanya kepada masyarakat mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir. ISMA Mesir juga mengucapkan jutaan terima kasih, sekalung penghargaan sekapur sireh kepada barisan JKP ISMA Mesir bagi 2013/2014 yang lepas atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan selama bertugas.

Comments

comments

Comments are closed.