Sekalung Tahniah buat Pasangan Mempelai Aktivis ISMA

1779773_10203635653678867_440651258_n

SELANGOR,  2 April : Seluruh warga ISMA-Mesir mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan Ustaz Mohd Shairawi bin Haji Mohd Noor dan Anis Sakinah binti Rosli di atas pernikahan mereka pada 28 Mac 2014 bersamaan 27 Jamadil Awal 1453H yang bertempat di kediaman pengantin perempuan, Sungai Besar, Selangor.

Ustaz Shairawi merupakan pelajar Tahun 3 pengajian Usuludin Aqidah dan Falsafah, Universiti Al-Azhar Mansurah dan merupakan aktivis ISMA Seremban dan mantan ketua cawangan ISMA-Mesir Mansurah. Pasangannya pula, saudari Anis Sakinah ialah seorang aktivis ISMA Daerah Hulu Langat dan juga selaku Penolong Setiausaha Agung PEMBINA.

“Dan orang-orang yang berkata , “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunanan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” [Al-Furqon: 74]

Comments

comments

Comments are closed.