Hati Ibarat Jeli

IMG_0051

Antara komponen utama bagi seorang manusia adalah hatinya. Nak tak nak, hatinya perlu diurus, dijaga dan dipelihara seperti membawa jeli di atas pinggan kaca. Ia mudah tergelincir dan juga terjatuh.

Hati yang tidak diikat dengan iman akan rasa kering dan sunyi walaupun dia merasakan dia melakukan amal ibadah, amal dakwah dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya dia tidak mengikat hatinya dengan iman, urusan hidupnya semata-semata kerana Allah, suatu masa nanti dia akan mula merasa penat dan letih dalam beramal.

Ada salafusssoleh pernah mengungkapkan:

من علامات من غرق في الذنوب عدم انشراح صدره لصيام النهار وقيام الليل.
Antara tanda tenggelamnya seseorang itu ke dalam dosa, tidak terbuka hatinya untuk melakukan puasa dan qiamulail

الفرح بالدنيا و الحزن بالآخرة لا يجتمعان في قلب عبد إذا سكن أحدهما القلب خرج الآخر.
Perasaan gembira dengan kenikmatan dunia dan rasa sedih dengan hari akhirat tidak mungkin boleh duduk sekali di dalam hati seseorang hamba, apabila ada salah satu di dalam hatinya, tiada yang lain.

من علامة إعرض الله عن العبد أن يجعل شغله فيما لا يعنيه خذلانا من الله تعالى.
Antara tanda berpalingnya Allah daripada hamba-Nya, dijadikan kesibukannya pada perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya (sebagai hamba Allah) ditinggalkan daripada penjagaan Allah.

*Tidakkah cukup untuk kita melihat hati kita ini adalah urusan penting dalam hidup. Seperti mana manusia berfikir setiap hari untuk makan, minum, mencari duit dan sebagainya, seperti itu jugalah urusan hatinya perlu difikirkan secara serius.

من أعظم المصائب للرجل أن يعلم من نفسه تقصير ثم لا يبالي ولا يحزن عليه
Antara musibah terbesar ke atas seseorang, apabila dia mengetahui dirinya melakukan kekurangan dan kecuaian kemudian dia buat tidak kisah dan tidak merasa sedih ke atasnya.

Ustaz Ahmad Farhan Bin Selamat
Setiausaha Agung ISMA Mesir

Comments

comments

Comments are closed.