Kelahiran Mujahidah ISMA Abbasiyah-Sayeda Zainab

1149027_837194209630566_951810168_n

Abbasiyah, 22 Mac: Sekalung tahniah buat pasangan Dr Muhammad Zakwan Yahya dan Dr Nurdiyana Mohamed atas kelahiran mujahidah sulung mereka seberat 3.2 kg di Hospital Muhd Ali Badawi, Abbas Aqad, Kaherah sekitar jam 2.40 petang.

Bayi perempuan sulung pasangan tersebut selamat dilahirkan pada 21 Mac 2014 bersamaan 19 Jamadil Awal 1435H. Seluruh warga ISMA Mesir bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi penerus rantaian dakwah di bumi Mesir dan Malaysia kelak.

Comments

comments

Comments are closed.