Isu Anwar Menggugat Kestabilan Negara

10014544_673508872706770_1547393718_n

Pandangan saya sebagai mahasiswi rentetan isu DSAI,

Persepakatan 1: Kita bersetuju bahawa sistem al qadha’ (kehakiman) di Malaysia tidak sepenuhnya menepati kehendak syara’ dan tidak akan seadil sistem Islam.

Persepakatan 2: Kita belum mampu menjalankan sistem kehakiman menurut Islam yang kita impikan.

Jadi, atas dasar pertimbangan maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) untuk umat Islam, sistem al qadha’ (kehakiman) sedia ada walaupun bukan mengikut syariat tetapi pada masa sekarang perlu diiktibar sebagai satu sistem yang mengambil peranan qadha’ Islami (kehakiman Islam) selagi tidak bercanggah secara jelas dengan quran dan sunnah, atas dasar maslahah(kebaikan) umat Islam.

Jika tiada qadha‘ yang langsung boleh dipegang oleh masyarakat, maka mafsadah kepada masyarakat lebih luas.

Kemungkinan ramai turun ke jalan raya menunjukkan rasa tak puas hati, ini dapat diramal oleh banyak pihak.Tapi perkara yang lebih bahaya dan tidak disedari oleh kita ialah apabila rakyat tak percaya pada institusi kehakiman 100%.
Ini yang musuh mahukan.

Setiap institusi negara dipertikai bermula dengan badan eksekutif,perundangan dan kehakiman. Setiap institusi ini ingin dirungkai satu per satu sehingga rakyat bebas sebebasnya tak tentu hala tanpa ada yang mengehadkan mengikut definisi musuh.

Kesannya, negara akan menjadi tidak stabil.

ISMA hanya mengulang keputusan mahkamah yang sudah diputuskan pun.Tidak ada kena mengena kami daripada ISMA menuduh atau menyebar fitnah kerana institusi yang berhak menentukan dan berautoriti adalah mahkamah.

Fokusnya adalah pada percaturan licik dan jahat bagi menggugat kestabilan negara, bukan pada isu liwat atau tidak.

Itu jelas.

 

Oleh : Fadhlin Sakinah Mohd. Hussaini,

Tahun 3 Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar

 

 

Comments

comments

Comments are closed.