Butakah kita pada Kristianisasi??

kristianisasi
Wujudkah Kristianisasi di Malaysia? Atau isu ini hanya mainan politik semata oleh parti pemerintah atau pembangkang?

Untuk mencari kebenaran dalam isu Kristianisasi ini, terdapat dua aspek yang perlu dititikberatkan dan dikaji. Aspek pertama adalah adalah takrifan Kristianisasi itu sendiri. Kristianisasi adalah merujuk kepada proses mengkristiankan seseorang individu atau sesebuah masyarakat daripada individu atau masyarakat yang tiada agama atau beragama lain kepada kepada agama Kristian. Istilah Kristinisasi mula wujud semasa kurun ke 14, di mana para pendakyah atau misionaris Kristian menyebarkan dakyah Kristian mereka kepada masyarakat yang menganut fahaman paganisme ketika itu.

                Kristianisasi pada zaman moden pula merujuk kepada proses dakyah yang sama yang dilakukan oleh penganut Kristian bermazhab Protestan yang beraliran Evangelis. Bezanya, cara Kristianisasi moden sedikit berbeza dengan Kristianisasi lama. Kristanisasi bukan sekadar mengkiristiankan seseorang atau sesebuah masyarakat, tetapi menjauhkan mereka daripada agama asal yang dianuti, difokuskan kepada agama Islam atas beberapa faktor.

                Aspek kedua pula adalah sejarah Kristinisasi di Tanah Melayu. Rupa-rupanya, Kristianisasi sudah bermula dengan berlabuhnya kapal penjajah Portugis pada tahun 1511 yang dipimpin oleh Alfonso De Albuquerque. Laungan Gospel, Gold and Glory yang meniti di bibir-bibir mereka jelas menunjukkan agenda mereka untuk meluaskan jajahan empayar Krisitan Katolik di Kepulauan Nusantara. Agenda ini adalah satu reaksi balas dendam atas kekalahan Empayar Rom yang bermazhab Kristian Katolik dalam siri-siri Perang Salib kepada Khilafah Islamiyyah ketika itu.

                Antara bukti lain adalah dengan termeterainya Perjanjian Tordesillas 1494 antara Sepanyol dan Portugis, yang telah membahagikan dunia kepada kedua-dua negara terbabit pada garis kepulauan Cape Varde. Agenda penjajahan dunia oleh dua kuasa besar dunia ini di bawah bimbingan dan naungan Gereja. Agenda Gereja ini adalah untuk mengkristiankan seluruh masyarakat Timur dan Barat!

                Daripada dua aspek takrif dan sejarah yang dikupas di atas, sudah jelas lagi terang bahawa agenda Kristianisasi  sudah lama bertapak di Malaysia. Mari kita perhatikan pula beberapa fakta dan kes penting yang berkaitan isu ini untuk diperhalusi bersama.

                Misionari pertama yang dihantar oleh London Missionary Society (LMS) ke Melaka adalah William Milne pada tahun 1815. Beliau berjaya menubuhkan Anglo Chinese College yang bermazhab Gereja Anglican untuk menjalankan aktiviti misionari. Sementara itu, gerakan misionari Kristian di Sabah bermula dengan tertubuhnya The Borneo Evangelical Misson pada bulan Oktober 1928, yang menjalankan aktiviti-aktiviti misionari dengan bimbingan tiga misionari dari Australia.

                Gerak kerja misionari di Malaysia semakin hangat sehingga hari ini. Antara modus operandi para misonari ini adalah dengan mendekati golongan yang menghadapi kesempitan hidup. Mereka menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada mereka  yang menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan aqidah mereka hingga sanggup menukar agama kerana desakan hidup, seperti yang dilaporkan dalam sebuah keratin akhbar Berita Harian bertarikh 6 Ogos 2011. Begitu juga dengan fakta kes yang didedahkan oleh bekas Exco Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali tentang hampir 400 orang Melayu telah murtad dengan modus operandi yang sama, mengikut laporan Sinar Harian bertarikh 2 April 2012.

                Kesimpulannya, mereka yang masih tidak mempercayai akan agenda Kristiansasi di negara Malaysia adalah mereka yang buta sejarah dan fakta. Terlalu banyak fakta untuk dikaitkan dengan agenda Kristianisasi ini yang bersifat worldwide ini. Usah menegakkan benang yang basah hanya untuk kepentingan politik parti sendiri, lantas membiarkan kedaulatan Islam di Malaysia tercabar. Jangan menang sorak tapi kampung tergadai!

Amar Ismat Bin Mohd Nasir
Kuliah Usuluddin Tahun 2 Universiti Al-Azhar

Comments

comments

Comments are closed.