Adakah Tanggungjawab Kita?

amar-makruf

Oleh: Shafiah Solehah Binti Ismail, Perubatan Azhar Tahun 4, Kaherah

Pernah diceritakan, suatu hari Allah menghantar malaikat untuk menurunkan azab di sebuah kampung, malaikat pun pergi ke kampung itu untuk menurunkan azab, tetapi dilihatnya ada seorang  yang tekun beribadah kepada Allah s.w.t. Makanya malaikat tadi kembali menghadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Tetapi kerana lelaki tadi tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, maka azab pun ditimpakan ke atas kaum tadi.

(واتقوا لا  فتنة تصيبنا الذين  ظلموا منكم خاصة)

Telah disebut juga bahawa sesuatu kaum itu tetap akan diazab walaupun di kalangan mereka terdapat orang yang beriman, apabila orang- orang yang jahat dapat mengatasi orang yang beriman.

Dua kisah di atas telah diceritakan di dalam hadith yang saya ambil mafhumnya.

Betapa pentingnya untuk:

1. Melakukan amar makruf dan nahi mungkar

2. Mengangkat panji kebaikan dan kebenaran  sehingga tak terkalahkan dengan panji-panji kemungkaran.

Dalam satu riwayat hadis Rasulullah yang mafhumnya begini:

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada hambaNya di hari kiamat sehingga Dia berfirman: Apa yang menghalangi kamu apabila melihat kemungkaran namun kamu tidak mencegahnya? Maka dia pun menjawab: Aku takut pada manusia. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak untuk engkau takuti.” (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya daripada hadis Abu Said Al-Khudri r.a).

Dalam hadis yang berkaitan juga:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.”(Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya daripada hadis Abu Said r.a).

Rata-rata fenomena yang berlaku pada akhir zaman ini, pemimpin tidak lagi bersuara untuk menyebelahi keadilan dan kebenaran. Mereka lebih gemar mengunci dan mengikat lidah mereka. Mengapa? Kerana takut dan bimbang kedudukannya tergugat.

Pentingnya seorang pemimpin untuk tidak bersikap bacul dan pengecut. Kamu ada kuasa. “Come on, do what you can.” Pentingnya untuk memilih pemimpin yang berwibawa, bukan sekadar pandai senyum dan angguk saja.

Comments

comments

admin