Doktor Suara Profesional Lawan Liberal, Sekular

IMG_7921 ..

KAHERAH, 11 Mac : Keperluan bagi para doktor beragama Islam untuk menjadi pakar dalam bidang perubatan amat ditekankan oleh Prof Madya Dr Rafidah Hanim Binti Mokhtar. Beliau yang aktif melawan aliran liberal dan feminisma songsang di Malaysia memberi saranan tersebut semasa menjadi panel jemputan dalam OMEC yang lepas.

 

Dakwa beliau, apabila seorang muslim sejati yang berkedudukan tinggi dalam sesuatu posisi, beliau mampu membawa aspirasi Islami ke dalam dewan kerjanya. Menurut Dr Rafidah, terdapat beberapa hospital di Malaysia yang mula berjinak dengan pengamalan syarak, sebagai contohnya wad mesra ibadah dan pengubahsuaian baharu terhadap konsep baju bedah (scrub) oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menutup leher dan aurat secara keseluruhannya di bawah penguasaan Prof Dr Azmi Bin Md Nor, pakar perunding bedah kolorektal,  Ketua Jabatan di Jabatan Surgeri Fakulti Perubatan UIA merangkap pengerusi I-Medik Malaysia.

 

“Kita tidak berminat dengan apa jua unsur sekular, samada dalam bidang pendidikan mahupun perubatan kerana Islam itu sendiri bersifat sempurna dan tidak memerlukan sebarang campur aduk daripada fahaman lain. Menjadi tanggungjawwab kita (muslim profesional) untuk mengaplikasikan tuntutan syarak dalam pengamalan perubatan terutamanya di Malaysia” kata Dr Rafidah sambil menerangkan peranan para doktor dalam menepis segala unsur sekular dan liberal dalam bidang perubatan seperti kebebasan untuk menggugurkan anak seperti yang dilaungkan Sisters In Islam (SIS) dan penguatkuasaannya di Singapura bagi golongan remaja tanpa nikah.

 

Dalam pada itu, suara profesional daripada doktor muslim juga mampu berperanan dalam membantah kelulusan untuk menggunakan ibu tumpangan bagi mendapatkan zuriat oleh golongan homoseksual serta meleraikan kekeliruan dalam penggunaan bahan terlarang seperti babi dan haiwan lain dalam pengubatan.

 

Hali ini kerana jalan penyelesaian yang disyorkan golongan sekular dan liberal hanya akan membawa padah kepada panyakit sosial masyarakat yang kian membarah daripada menyelesaikannya dan di situ terdapat tanggungjawab para doktor muslim profesional untuk tampil membentangkan solusi yang dibawa Islam. Tambah Dr Rafidah, “Jika kita hanya berada di tahap biasa, adakah suara-suara kita yang membawa aspirasi Islamik akan didengari?”

 

Comments

comments

Comments are closed.