Kenapa perlu berlembut dengan kafir?

1579854_10201052118658793_2026218779_n

 

Kenapalah keras sangat nak tegur orang bukan Islam? Bukankah diorang tak faham Islam?

Bukankah ada ayat Al-Quran kalaulah tidak kerana kamu berlembut dengan mereka pasti mereka akan menjauhimu?

Selepas merujuk Tafsir Al-Munir, baru tahu ayat dakwah Rasulullah lembut dan rahmat(kasih sayang) lil alamin itu rupanya untuk orang Islam atau mukmin.. Hendaklah berlembut/kasih sayang dengan orang mukmin bila mana berselisih pandangan atau sebagainya.

Surah Ali Imran ayat 159 ;

“Kalaulah kamu berkeras terhadap mereka pasti mereka akan menjauhi dari sekitarmu.”Ayat ini bukan untuk orang kafir kerana orang kafir ada dalam ayat yang lain:“Berlembut dengan orang mukmin dan berkeras dengan orang yang kafir” merujuk kepada ayat Al-Maidah: 54

Berkata Ibnu Abbas : (Orang mumin yang sebenar ) mereka ini sesama mukmin seperti ayah dengan anak , tuan dengan hamba. Dan mereka ini keras dengan orang-orang kafir seperti binatang buas(harimau/singa) terhadap mangsanya.

Ini adalah kerana Islam ini tertegak hanya dengan menyatakan hanya dia (Islam) yang benar dan yang lain adalah salah! Kerana itulah Islam keras dengan kemusyrikan orang bukan Islam. Untuk menyatakan dan melaungkan perkara ini sangat penting untuk difikirkan oleh orang bukan Islam bahawa mereka salah dan Islam sahaja yang betul. Bukan hendak menjaga hak asasi manusia sepertimana seringkali diperkatakan “Tidak boleh merendahkan agama yang lain” tetapi hakikatnya agama lain memang rendah dan Islam sahaja yang tinggi.

 

 

Projek Islam

Apa maksud  “Berkeras dengan orang kafir” ?

Seperti yang disebut oleh Ibnu Abbas : (Orang mumin yg sebenar ) Mereka ini sesama mukmin seperti ayah dengan anak , tuan dgn hamba. Dan mereka ini keras dengan orang-orang kafir seperti binatang buas(harimau/singa) terhadap mangsanya.

Untuk memahami perkara tersebut kita perlu tahu bahawa kita ada projek Islam yang mesti kita laksanakan.

Kita ada agenda yang perlu dicapai : Tamkin deenullah fil Ard/ Tahkim hukmullah fil Ard (Menegakkan agama Allah ini di atas muka bumi).

Keseluruhan Bumi ini menerima arahan dari Penciptanya. Sebagaimana matahari, bulan, bintang, pokok , sungai yang mengalir, binatang yang melata di muka bumi semuanya menurut perintah Allah yang satu. Begitu juga pada manusia mesti tunduk pada Penciptanya yakni Allah swt. Menegakkan agama Allah di atas muka bumi bermaksud semua manusia mesti berada di bawah  sistem Islam namun Allah tidak memaksa manusia untuk memeluk agama Islam .. Allah berikan kebebasan untuk memilih sama ada untuk menjadi kafir ataupun muslim, namun di sana tiada kompromi untuk berada di bawah naungan sistem Islam atau dengan kata lain di bawah naungan khalifatullah fil ard (perlaksana hukum Allah di muka bumi) ataupun disebut sebagai khalifah.

Begitulah para sahabat, mereka benar-benar memahami tugas ini. Lihatlah bilamana mereka berperang dengan Parsi dan Rom, mereka memberikan mereka 3 pilihan, sama ada memeluk agama Islam atau sebagai ganti hendaklah berada di bawah naungan empayar Islam(daulah Islamiyah) yakni dengan membayar jizyah atau last option kita akan berperang.Manusia tidak akan aman melainkan di bawah naungan sistem Yang menciptakannya. Manusia tidak akan aman melainkan berada di bawah naungan empayar Islam (sistem Islam). Jadi kerana itulah pilihan ketiga berbentuk kekerasan. Kerana misi utama Islam adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rub’i bin ‘Amir kepada Rustum panglima Parsi;

ما جاء بكم؟ فقال له: لقد ابتعثنا اللهُ لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة

Berkata Rustum : “Kenapa engkau datang kemari?” Jawab  Rub’i bin ‘Amir “Kami diutuskan/didatangkan oleh Allah untuk kami mengeluarkan manusia dari penghambaan sesama hamba (manusia) kepada perhambaan kepada Tuhan sekalian hamba, dari kekerasan agama-agama kepada keadilan Islam dari kesempitan  dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Kita ada projek Islam.

Sesiapa yang melawan projek Islam ini kita akan berkeras dengan mereka. Sama ada memperlekehkan, menghina, mempermain-mainkan. Kalau kita ada kuasa kita perlu gunakan kuasa. Kalau tidak kita mesti mengecam tindakan mereka. Dan sudah termaktub di dalam Al-Quran sudah terang lagikan bersuluh yang pasti akan melawan projek Islam ini adalah orang kafir/orang bukan Islam.

Dan pada orang bukan Islam yang tidak melawan projek Islam ini maka kita dibenarkan berkawan dengannya. Kita berkeras dengan orang kafir kecuali orang yang tidak menentang. Ini adalah hukum pengecualian pada orang kafir  (umumnya orang kafir menentang kecuali..) yang termaktub dalam surah Al-Mumtahanah : 8

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil  terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil”

 

Contoh-contoh  projek Islam?

  • Perlaksanaan hukum jenayah Islam secara sempurna (hukum hudud)
  • Undang–undang Islam/selaras dengan Islam
  • Malaysia sebagai negara Islam yang sempurna
  • Membendung anasir-anasir luar yang mampu mengganggu gugat institusi masyarakat Islam secara kelompok atau individu eg. Akidah : syiah, liberal, humanism,  Ekonomi: TPPA, FTA, Hiburan:  k-pop, gangnam style
  • Menggerakkan masyarakat Islam supaya berperanan sebagai khayra ummah (sebaik-baik umat). Mengupayakan kembali kekuatan umat Islam (umat Islam terbesar di Malaysia adalah Melayu) untuk menjadi sebaik-baik umat (dari sudut politik, ekonomi, peribadi, hiburan, sukan  dll)

 

Jadi kepada mereka yang melawan projek Islam ini, kita berkeras dengan mereka.

Itulah yang dimaksudkan dengan berkeras dengan orang kafir.

Wallahualam.

 

Muhammad Zulhakimi Bin Samsuddin

Graduan Kuliah Perubatan Conventional Mansoura University

 

Comments

comments

Comments are closed.