Demokrasi di Malaysia Belum Cukup Islamik

IMG_8515

KAHERAH, 6 Mac : “Kita perlu mengetahui cara  fikir Islam yang pernah diteroka dan diasaskan oleh para ulama’ terdahulu dan hasilkan solusi atau penyelasaian untuk permasalahan umat ini” jelas Ustaz Syed Ahmad Israa’ bin Syed Ibrahim , graduan Fakulti Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar dengan gred Kepujian Tertinggi dalam pembentangan kertas kerja beliau bertajuk ‘Fikh Siyasah Imam Juwaini Dan Aplikasinya Dalam Pengamalan Demokrasi’ di SKPI tempoh hari.

Dalam pengamalan sistem demokrasi, hampir semua negara Islam terdorong untuk mengguna pakai sistem ini. Bahkan sistem demokrasi ini diterapkan secara tempelan ke atas saki baki sistem pemerintahan yang di warisi dari zaman khilafah Islamiyah yang masih wujud.

Menurut beliau lagi, neraca pemikiran Imam Juwaini diasaskan pada maqasid syarak yang betul dan akhirnya menghasilkan pandangan yang tepat berasaskan maqasid syarak. Antara unsur-unsur Imam Juwaini terapkan ialah mengikut realiti masyarakat, prinsip yang kuat, analisis kehadapan dan ‘ijtihad maslahi’.

 Dalam kertas kerja ini, beliau ada menyentuh bahawa sekiranya demokrasi sebagai sebuah ideologi, maka ia adalah satu bertentangan dengan Islam dan ini telah disepakati ulama’ sebagai kufur, akan tetapi demokrasi yang dipegang hanyalah sebagai sistem  pengurusan pemerintahan.

Tambah beliau lagi , terdapat golongan di Malaysia yang menginginkan berlakunya petukaran kuasa melalui kaedah yang zahirnya bersifat demokratik. Walhal, hakikatnya ia cendrung membawa kepada situasi kucar- kacir yang merosakkan negara.

Memetik daripada rumusan kertas kerja tersebut ,  beliau turut menyatakan bahawa sistem demokrasi di Malaysia belum lagi mampu menunaikan kehendak siyasah syariah secara menyeluruh. Oleh itu  menjadi tanggungjawab pemimpin secara khusus dan umat islam di Malaysia secara amnya untuk mengekalkan kebaikan yang sedia ada dan berusaha mengejar kesempurnaan pengamalan siyasah syariah yang belum wujud.

Comments

comments

admin