ISMA, I-Medik, EME Bina Hubungan Capai Persepakatan

 ISMA, I-Medik, EME Bina Hubungan Capai Persepakatan

IMG_4095

MOHANDISIN, 4 Mac : Satu pertemuan rasmi telah diadakan antara delegasi ISMA dan I-Medik dari Malaysia, diiringi JKP ISMA Mesir dengan pihak Education Malaysia Egypt (EME) di Pejabat  Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di sini tempoh lalu pada 2 Mac.

Pertemuan ini bertujuan bagi memperkenalkan ISMA dan secara langsung I-Medik kepada Prof Madya Dr Mohd Radhi Bin Ibrahim, Menteri Penasihat Pendididkan EME dan membina hubungan erat antara kedua-dua belah pihak bagi mencapai persepakatan yang lebih jitu.

Delegasi ISMA dan I-Medik masing-masing telah diketuai oleh Prof Dr Zainurrashid Zainuddin, Ketua Biro Luar Negara ISMA dan Prof Madya Dr Azizi Ayob, Setiausaha Agung I-Medik. Manakala EME diwakilkan oleh Prof Madya Dr Mohd Radhi Bin Ibrahim, Menteri Penasihat Pendididkan EME, Tuan Hj Imran bin Ibrahim, Setiausaha Kedua Pendidikan, Akademik, Medic, Penyelidikan dan Pengkormesilan dan Tuan Azmi Bin Muhammad.

Comments

comments

admin