Ahli Cilik ISMA Abbasiyah-Sayeda Zainab Selamat Dilahirkan

IMG-20140304-WA0011

ABASIYYAH, 4 Mac : Sekalung tahniah diucapkan buat pasangan Dr Fahmi Rashid Redza, EXCO Khas ISMA Mesir dan Dr Mahfuzah Mahamud atas kelahiran mujahid sulung mereka di Hospital Tawfiqiah, Abbas Aqad, Kaherah sekitar jam 10.45 pagi ini.

Bayi lelaki sulung pasangan tersebut selamat dilahirkan pada hari ini bersamaan dengan 3 Jamadil Awal 1435H. Seluruh warga ISMA Mesir amat bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Semoga kelahiran mujahid kecil ini menjadi penerus rantaian dakwah di bumi Mesir dan Malaysia kelak.

Comments

comments

Comments are closed.