SKPI Bentuk Mahasiswa Berfikiran Cara Ulama’

IMG_8788

ABASIYYAH, 3 Mac : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir dengan kolaborasi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) Mesir telah menjayakan Seminar Kebangkitan Pemikiran Islam, SKPI di dewan besar Dewan Malaysia Abasiyyah Kaherah (DMAK)dekat Abasiyyah kelmarin pada 1 Mac yang lalu. Sekurang-kurangnya 182 mahasiswa dan mahasiswi pelbagai latar belakang persatuan hadir ke seminar tersebut.

Bertemakan ‘wahyu teras pemikiran umat’, SKPI membentangkan dua kertas kerja bertajuk ; Fiqh Siyasah Imam Al-Juwaini dan Aplikasinya dalam Pengamalan Demokrasi dan Pengalaman Ulama’ Silam dalam Menghadapi Golongan Muktazilah dan Aplikasinya di Zaman Moden.

Pembentang pertama Ustaz Syed Ahmad Israa’ Bin Syed Ibrahim, lepasan Ijazah Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar membentangkan tajuk yang pertama tentang fahaman fiqh politik Imam al-Juwaini. Beliau menjelaskan prinsip-prinsip asas , yang sepatutnya menjadi rujukan utama tokoh-tokoh politik tanaha air,  yang menjadi panduan Iman Al-Juwaini dalam mengeluarkan sebarang pandangan dan ijtihad berkenaan situasi politik pada zamannya.

Kajian kedua pula dibentangkan oleh Ustaz Assiddiq Bin Fauzan, penuntut tahun akhir di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau menerangkan persamaan fahaman dan taktik golongan Muktazilah pada zaman dahulu dengan golongan liberal pada zaman sekarang dalam menghancurkan keaslian ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Ustaz Assiddiq juga menegaskan cara-cara yang perlu diambil dalam membasmi gejala merosakkan aqidah ini yang berinspirasikan strategi para ulama’ terdhulu.

SKPI yang dirasmikan Prof Madya Dr Mohd Radhi Bin Ibrahim, Menteri Penasihat Pendidikan Education Malaysia Egypt (EME) KBMK  bertujuan menghidupkan rasa ‘haibah’ dan ‘izzah’ dalam kalangan penuntut ilmu syara’ terhadap posisi mereka dalam mengislah masyarakat selain memperkenalkan MUIS Mesir kepada komuniti mahasiswa dan mahasiswa Malaysia di Mesir. SKPI juga berobjektif untuk memahamkan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir akan kerangka pemikiran ulama’ dan cara berfikir menepati syara’.

IMG_4035-tile

Comments

comments

Comments are closed.