ISMA Mesir persiapkan jentera media

IMG-20140214-WA0002

KAHERAH, 13 Februari : “Media merupakan senjata paling penting zaman sekarang untuk melawan segala ancaman ideologi luar. Ianya sama penting seperti pentingnya dakwah dan tarbiyyah dalam sebuah pergerakan Islam” begitulah harapan yang diberikan oleh Ustaz Qamarul Naim Bin Mohd Faisal, pengerusi ISMA Mesir kepada para peserta Softskill Day yang diadakan baru-baru ini.

Softskill Day yang berkonsepkan bengkel ini berobjektif untuk menggarap potensi ahli ISMA Mesir seluas mungkin dan melahirkan generasi pelapis media yang akan datang. Para peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti melukis komik, mencipta filem pendek, penulisan jurnal, kewartawanan dan menyunting gambar dan poster oleh tenaga pengajar yang pakar.

“Bengkel ini hanyalah pencetus dalam diri kalian semua, yang akan bergerak untuk menghasilkan sesuatu produk media ialah kesungguhan kalian sendiri” tambah ahli jawatankuasa unit program, Mohd Siddiq Amin dalam sesi penutup.

Bengkel yang bertempat di Hayah Centre, Madinat Nasr ini disertai oleh 70 orang peserta daripada kalangan ahli ISMA Mesir dari semua cawangan.

Comments

comments

admin