Tepatkah Neraca Anda Menilai Isu Mesir?

5297_10151940618871833_546164684_n
Meniti titian panjang peristiwa yang berlaku di Mesir menuntut kita untuk menentukan pendirian dalam melihat dan mentafsir apa yang sedang berlaku. Kita perlukan pertimbangan dan neraca agar segala peristiwa yang berlaku dinilai dengan neraca yang betul.

Hakikatnya sejarah yang tertulis semuanya bergantung kepada penafsiran orang yang menulisnya, seperti media dan suratkhabar. Ia bergantung kepada produser dan ketua editor untuk mengeluarkan headline dalam apa-apa berita yang ingin dilaporkan.

Dalam mentafsirkan sesuatu perkara, Allah menurunkan Al-Quran untuk manusia memahami apa yang sedang berlaku dengan neraca yang paling tepat dan jelas.

Bacalah surah Al-Hajj dari ayat 38-46. Bukalah Al-Quran dan fahamilah terjemahannya.

Saya berpandangan potongan ayat itu merupakan antara gambaran yang tepat untuk memahamkan kita terhadap yang sedang berlaku di Mesir.

1. Allah yang akan pertahankan orang beriman

2. Allah mahukan orang beriman berusaha (berjihad), walaupun Dia mampu untuk memenangkan mereka tanpa usaha.

3. Orang beriman dihalau (boleh dibaca dengan maksud ditindas dan diseksa) hanya semata-mata berpegang pada Islam 

4. Sunnah dunia adalah pertempuran hak dan batil

5. Walaupun begitu, Allah tetap akan memenangkan orang yang Dia kehendaki

6. Ciri-ciri generasi kemenangan adalah :
– mendirikan solat
– menunaikan zakat
– melakukan amar makruf dan nahi mungkar

7. Pendustaan orang musyrikin (baca konteks hari ini : orang-orang yang ingin menghancurkan Islam) bukan sahaja pernah berlaku hari ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi dengan bukti kisah para Anbiya’ AS sebelum ini, namun segala kisah itu berakhir dengan kemenangan pihak yang beriman.

8. Sudah begitu banyak kampung-kampung (baca konteks hari ini : Negara-negara) yang sudah Allah musnahkan, sedangkan mereka itu dahulunya begitu agung dan megah

9. Dengan melihat apa yang berlaku di atas muka bumi ini, sejarahnya dan kisah-kisah umat terdahulu, kita mampu memahami hakikat kebenaran perjuangan tauhid (risalah) ini.

10. Isunya bukan pada mata yang hanya memandang perkara yang zahir, namun hati yang jernih itulah yang mampu menyedarkan dan memandu manusia untuk memahami kebenaran.

Moga Allah berikan keamanan kepada bumi Mesir, dan berikan kekuasannya pada golongan-golongan yang punyai ciri-ciri seperti dalam ayat-Nya.

Ameen.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Exco Tarbiyah ISMA Mesir
Master Usul Fiqh Al-Azhar As Syarif

Comments

comments

Comments are closed.