Takziah Buat Keluarga Allahyarhamah Awatif Haduri

Kaherah , 21 Januari : ISMA-MESIR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah ‘Awatif bte Mohd Haduri atas pemergian beliau ke pangkuan Ilahi.

Allahyarhamah Awatif disahkan meninggal dunia  pada 20 Januari 2014 jam 11 malam waktu Malaysia di Hospital Taiping,Perak akibat pendarahan otak.

Allahyarhamah merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar,Kaherah. Beliau meninggalkan dua cahaya mata Ulya berusia 5 tahun dan Umar berusia 5 bulan serta suami saudara Ezmir Ibrahim.

Benarlah firman Allah S.W.T:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sungguh pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehiduapan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang meperdayakan.” (Ali-Imran, ayat 185)

Kepada-Nyalah kita datang dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dicucuri rahmat.  Al-Fatihah.

 

Comments

comments

Comments are closed.