Kelahiran Seorang Mujahid Penyambung Risalah

 Kelahiran Seorang Mujahid Penyambung Risalah

65351_10203086608713086_85987436_n

SAYEDA ZAINAB, 19 Januari : Sekalung tahniah diucapkan buat pasangan Dr Shafiq Aziz dan Dr Nik Nabilah Nek Rakami atas kelahiran mujahid sulung mereka seberat 3 kg di Hospital Muhammad Ali Badwi,Abbas Aqad,Kaherah pada jam 1.45 petang.

Bayi ini selamat dilahirkan pada 13 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiaul Awal 1435. Seluruh warga ISMA-Mesir amat bersyukur dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakan-Nya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.”

Moga dengan kelahiran ini dapat menggantikan pejuang-pejuang Islam yang gugur di medan dalam menegakkan kalimah Allah.Bak kata pepatah, “Patah tumbuh hilang berganti”.

Comments

comments

admin