Hujah dangkal liberalis dan pluralis

syamil-esa

Agama yang benar hanya satu

Tanpa perlu dipanjangkan isu relativiti kebenaran agama pada sesetiap penganutnya, hakikat pendakwaan bahawa semua agama adalah sama juga merupakan satu bentuk agama yang baru.

Ini kerana mereka menolak semua kefahaman bahawa ‘hanya satu agama yang betul’ dengan fahaman mereka bahawa ‘semua agama betul’, dan ia bersandarkan kepada penganut agama masing-masing.

Sepatutnya dakwaan mereka itu tidak relevan kerana kefahaman ‘hanya satu agama yang betul’ sekiranya mengikut relativiti kebenaran pada penghujjahan mereka, juga adalah suatu yang betul pada sudut orang yang menganutnya, dan ia tidak berhak untuk disanggah.

Begitulah hakikat hujjah dangkal golongan liberalis dan pluralis, mereka mahu menyamaratakan Islam dengan agama yang lain, merelatifkan kebenaran hakiki dan menipu manusia awam dengan bahasa dan istilah bombastik mereka.

Oleh itu, daripada membuang masa mempersoalkan relativiti agama yang ada, jalan yang paling praktikal adalah meniti jalan menegakkannya dan memenangkan ia ke atas agama-agama yang lain.

Dalam dunia ini tidak akan pernah ada kepuashatian yang sempurna, keadilan yang mutlak dan bebas daripada sebarang kecenderungan. Ia adalah dunia yang penuh dengan peperangan dan perjuangan. Ia adalah tempat ujian dan peperiksaan. Kesempurnaan mutlak dan kepuashatian sebenar tanpa sebarang kecenderungan hanya mampu dicapai di syurga.

Percubaan untuk mencari jalan tengah dan selamat serta menyatukan kesemua manusia di bawah payung keharmonian dengan bendera kemanusiaan tanpa sebarang kecenderungan akidah dan pemikiran, hakikatnya hanyalah sebuah tipudaya semata-mata yang hanya mampu bertahan sementara waktu sahaja.

Sama ada tertipu atau pun memang tidak berdaya.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengerusi Majlis Ulama ISMA Mesir

Comments

comments

Comments are closed.