Siswi Iskandariah: Makin Sihat, Makin Laju Beramal

 

riadah alexISKANDARIAH, 10 Januari: Mahasiswi ISMA Iskandariah terus istiqamah memenuhi tuntutan sifat muslim dalam memelihara kekuatan jasmani. Riadah mingguan kali ini telah diadakan di Gelanggang Shatby pada jam 8 pagi yang mengumpulkan seramai 10 orang mahasiswi.

Bola keranjang telah menjadi permainan pilihan. Setelah seminggu disibukkan dengan urusan akademik, riadah berjaya menyegarkan tubuh, memperbaharui semangat dan menguatkan kerjasama ahli.

Aktiviti kemudian diteruskan dengan slot tazkirah oleh saudari Nur Hidayah Ilias  berkisarkan sahabat Nabi Muhammad SAW, Umair bin Saad.

Umair merupakan seorang Gabenor Himsh yang zuhud dan amanah dalam tugasnya. Berita kematiannya telah menimbulkan kesedihan Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab.

Umar berkata;”Aku berharap mempunyai insan-insan seperti Umair bin Saad. Dengannya, aku boleh meminta bantuan mereka dalam menunaikan tugas-tugas kaum muslimin”.

Riadah berakhir pada jam 9.00 pagi setelah slot peringatan tentang kepentingan menjaga masa.

Comments

comments

admin