Kenderaan Awam Sasaran Pengebom

1522225_644159632307689_1885019785_n

KAHERAH, 25 DIS-  Sebuah letupan bas berlaku pada jam 9 pagi. Kejadian berlaku di kawasan Nafurah menuju ke arah asrama lelaki al-Azhar.

5 orang warga tempatan dilaporkan cedera berikutan kejadian bom tangan yang dilontarkan ke arah bas tersebut.

“Kedengaran bunyi letupan yang kuat sekitar jam 9 pagi. Kejadian yang berlaku membuatkan temu janji ‘check-up’ gigi dibatalkan dan sebahagian pesakit yang datang bergegas pulang serta-merta”, menurut saksi kejadian, ‘Atiqah Mohd. Ayob, pelajar Tahun 3 Pergigian.

Jalan menuju ke kawasan kejadian telah pun ditutup pada jam 9.30 pagi dan menyebabkan trafik sesak seketika.

Comments

comments

Comments are closed.