Selamat Menempuh Fasa Peperikasaan

704217_10151568776222846_1486799137_o

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat mahasiswa/i perlembahan nil.

Bersyukur kepada Allah swt yang telah memilih kita untuk berada di Mesir bagi memahami hakikat kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Kita memohon kepada Allah swt agar sentiasa memberikan kita kekuatan dalam keadaan Mesir yang masih huru hara.

Umat ini amat memerlukan manusia yang mampu memimpin dan memberikan tunjuk ajar di masa hadapan kelak. Umat ini memerlukan manusia yang mampu menyuluh jalan gelap kepada jalan yang terang benderang. Umat ini memerlukan manusia yang mampu mengajar dan mendidik masyarat memahami islam dengan kefahaman yang sebenar.

Kesungguhan kita pada hari menentukan masa hadapan umat ini. Jika kita leka dan lalai maka akan lemah umat ini . Jika kita prihatin maka umat ini akan terdidik dengan jayanya. Buat mahasiswa/i yang akan menempuh peperiksaan, teguhkanlah jiwa. Kuatkanlah ikatan dengan Allah swt, nescaya Allah akan membantu dalam setiap urusan.

Salam imtihan, mumtaz untuk ummah.

IMG_0716

Nik Rafie bin Nik Zainal Alam,
Exco Hal Ehwal Dalaman Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Mesir.

Comments

comments

admin