Letupan di Mansoura

1501774_643744465682539_139365250_nMANSOURAH, 23 DISEMBER- Sebuah letupan di Syarie Gomhoria ( Gomhoria Street) berdekatan Jambatan Sikkah, Mansurah kira-kira pukul 12.45 pagi semalam telah menggemparkan warga Mansoura. Sebuah balai polis telah dijadikan sasaran suspek yang masih tidak diketahui identitinya.

Berikutan kejadian itu, pemeriksaan dan kawalan oleh pihak berkuasa Mesir semakin diperketatkan.

“Kawalan masuk universiti semakin diperketatkan. Setiap beg diperiksa dan setiap individu yang masuk perlu menunjukkan pas pengenalan diri. Beberapa rusuhan berlaku di Galak ( salah satu pintu masuk utama universiti ) dan di hadapan kuliah perubatan” kata seorang pelajar Perubatan Tahun 5, Diyana Fauzi, saksi kejadian.

Sehingga kini, masih tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas siri letupan itu.

Walaubagaimanapun, tiada penglibatan pelajar Malaysia dan semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat kerana penempatan mereka jauh dari lokasi kejadian.

“Satu delegasi Kedutaan Besar Malaysia Kaherah diketuai oleh TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari Duta Besar Malaysia Ke Mesir, Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim Pengarah EME, agensi keselamatan PDRM, persekutuan dan negeri telah melakukan lawatan segera pagi ini untuk mestikan tahap keselamatan pelajar kita dalam keadaan terbaik. Satu perjumpaan dan taklimat keselamatan bersama seluruh pelajar Malaysia di Mansurah pada petang ini di Kompleks Terengganu” berikut penjelasan yang dibuat oleh pihak Education Malaysia Egypt ( EME ) melalui laman Facebook nya.

Pihak EME juga menyatakan bahawa keadaan adalah terkawal dan menyeru semua pihak berdoa agar keamanan Mesir kembali pulih seperti sediakala.

Sumber foto: Al-jazeera

 

Comments

comments

Comments are closed.