Blog ISMA Mesir

Huru-hara di Kuliah Banat al-Azhar

1517445_685704321460386_1463045175_n

 

KAHERAH, 24 DIS –Kuliah Banat al-Azhar kembali huru-hara seawal pagi tadi, apabila sekumpulan mahasiswi tempatan menghalang peperiksaan takhaluf  berjalan seperti yang dijadualkan hari ini.

“Sepatutnya peperiksaan berlangsung pada pukul 10 pagi tadi.  Tetapi, kami diminta keluar dari kuliah untuk selamatkan diri.  Setelah itu, kami mendapat maklumat peperiksaan akan tetap diteruskan. Sekembalinya kami di kuliah, berlaku kejadian tembak-menembak,” kata seorang mahasiswi al-Azhar, Asiah Abdullah yang menduduki peperiksaan  pengajian islam  hari ini.

Sekumpulan baltoji (samseng) dilaporkan memasuki perkarangan universiti sekitar jam 11 pagi dan menambah lagi kekacauan yang ada. Saksi kejadian malaporkan bahawa mereka membawa kayu dan batu-batu, serta bertindak membakar kantin universiti.

“Terdapat sekumpulan lelaki membuat huru-hara di kantin, kebetulan saya melihat kejadian dari tingkap fakulti pergigian yang bersebelahan dengan kantin kuliah .” ujar ‘Atiqah Mohd. Ayub salah seorang pelajar pergigian  yang menjadi saksi kejadian.

Sebahagian pelajar tempatan, perkerja kantin dan samseng dikatakan tercedera dan mendapat rawatan kecemasan daripada fakulti pergigian.

Berikutan daripada apa yang berlaku, sebahagian fakulti dan peperiksaan dibatalkan serta merta. Fakulti yang berjauhan dari kawasan kejadian pula dilaporkan tetap meneruskan pengajian seperti biasa.

Sekitar jam 12.00 tengah hari, pihak polis dan tentera kelihatan memenuhi perkarangan univeriti.

Comments

comments

Share

Artikel Terkini