Asing

tumblr_lpdoniatRZ1qjp62lo1_1280

 

Ghuraba’, bukanlah orang yang mengosongkan rumah dan meninggalkannya sekarang,
Tetapi, ghuraba’ ialah orang yang serius apabila orang disekelilingnya bermain-main,
Dia berjaga ketika manusia disekelilingnya tidur,
Melalui jalan kebaikan, sedangkan manusia merancang dalam kebatilan,
Benarlah kata-kata seorang penyair apabila dia berkata,
Sahabatku telah berkata kepadaku : Aku melihat engkau ni pelik,
Engkau hidup antara manusia-manusia ni, tapi tiada teman rapat yang sama denganmu,
Aku berkata: Bukan! Bahkan manusia-manusia tu yang pelik.Aku berada di dunia ni, dan ini jalanku.
Benda ini pelik,
Pelik bagi yang bermain-main dalam kalangan manusia,
Tetapi,sesungguhnya, ghuraba’ itu disisi TuhanNya pada kedudukan yang mulia

Realiti sekarang, Islam seolah-seolah asing. Orang yang mengamalkan Islam dikira mundur. Orang yang menceburi bidang agama dianggap tidak moden. Benarlah kalam Nabi kita yang telah baginda lafazkan lebih 1400 tahun dahulu :

قال الرسول : بدأ الاسلام غريبا, وسيعود غريبا كما بدأ. فقول هد للغرباء

Mulanya Islam dalam keadaan terasing,dan akan kembali terasing seperti permulaannya. Maka katakanlah: “Beruntunglah mereka yang terasing.”

Suasana jahiliyyah sebelum kedatangan Islam amat dahsyat.

Bayi perempuan ditanam hidup-hidup, perempuan tiada nilai & hak, arak adalah minuman utama, berbunuhan antara kaum adalah kebiasaan.

Islam datang dengan nilai-nilai murni yang membersihkan manusia dari kegelapan jahiliyyah.

Rasulullah datang untuk mengembalikan nilai manusiawi yang sirna dari masyarakat ketika itu, Rasulullah membawa Islam yang kelihatan asing di pandangan manusia ketika itu.

 Rasulullah adalah ghuraba’ ketika itu!

 Kenapa?

Kerana manusia sudah sebati dengan jahiliyyah. Sedangkan seruan Islam adalah pelik dan bertentangan dengan amalan mereka. Walaupun keseorangan, Rasulullah tidak lemah dan menyerah. Bahkan, baginda SAW mengorak langkah dengan membina orang-orang di sekelilingnya.

Hinggalah, Islam berada di kemuncaknya.

Menguasai 2/3 dunia. 2/3 masyarakat dunia ; berbilang bangsa,budaya dan bahasa. Tiada masalah sama ada berkulit putih,merah atau hitam. Tiada masalah walau berbeza bahasa.

Kerana Islam menyatukan.

Tetapi, umat ini sentiasa diuji, kerana Allah sentiasa ingin menapis dan memilih hanya dari yang terbaik sahaja yang akan memikul dan mendokong agamaNya.

Teringat kata-kata Umar Al Khattab : “Kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam. Tanpa Islam, tiada nilai pada diri kita.”

Pada tarikh 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 hijrah, diisytiharkan pembubaran Khilafah Uthmaniyyah di Istanbul. Khilafah yang telah diwarisi dari zaman Khalifah Abu Bakr telah hilang dengan sekali pengisytiharan.

 Apakah faktornya?

Faktor utama, kerana umat Islam telah jauh dari Islam. Bahkan, tidak menjadikan Islam sebagai timbangan dalam kehidupan. Dan lahirlah kita pada era globalisasi ini, menatap kemelut umat yang seolah-olah tiada penghujungnya.

Melihat kesusahan dan penderitaan yang bertimpa-timpa ke atas orang Islam.

Melihat pengaruh-pengaruh dan ideologi-ideologi bertali arus menyerang pemikiran generasi muda.

 Kita terperangkap dengan rancangan kafir laknatullah yang gerun dengan kebangkitan Islam.

Kita ambil contoh mudah perancangan mereka ; Sistem pendidikan. Hanya pelajar-pelajar lepasan SPM baru diiktiraf untuk masuk ke universiti.

Kesimpulannya, saya hanya ingin timbulkan persoalan.

Adakah kita ingin untuk tergolong dalam golongan ghuraba’ seperti Rasulullah?

Apa yang boleh kita buat untuk membina kembali kerajaan Islam?

Fadhlin Sakinah

Tahun 3, Kuliah Ulum Islamiah, Kaherah

 

Comments

comments

Comments are closed.