Takziah Buat Mangsa Kebakaran Sayeda Zainab

 Takziah Buat Mangsa Kebakaran Sayeda Zainab

IMG_113773544662312
SAYEDA ZAINAB, 19 Disember : ISMA Mesir mengucapkan takziah kepada 5 orang mahasiswi perubatan yang dilanda musibah kebakaran rumah. Wakil ISMA Abbasiyah-Sayeda Zainab, saudari Sakinah Yusof telah mengunjungi mangsa kejadian dan menghulurkan sedikit sumbangan.

Rumah mereka dilaporkan hangus terbakar sekitar jam 5 petang semalam. Rumah yang  didiami oleh empat orang mahasiswi tahun enam dan seorang mahasiswi tahun lima tersebut telah mengalami kerosakan teruk di bahagian dapur, sebuah bilik, bilik air dan beberapa tempat lagi.

“Ketika kejadian itu berlaku, hanya kami berdua yang tinggal di rumah. Kemudian kami terhidu bau asap dan terus meluru turun menyelamatkan diri” adu salah seorang mangsa.

Lebih malang lagi, bilik yang terbakar adalah bilik pelajar tahun enam yang sedang menduduki peperiksaan tahun akhir. Pihak bomba tiba seusai sahaja waktu maghrib.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan berkemungkinan berpunca dari litar pintas. Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Semoga bantuan ikhlas dari semua pihak dapat membantu mangsa kembali stabil terutama kepada mangsa tahun enam.

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar [2:155]

Segala sumbangan dan bantuan boleh disalurkan kepada :

Anisah Shamila
01118439602

Comments

comments

admin