TYT Duta Besar Malaysia menerima lawatan rasmi JKP ISMA Mesir

jkp duta2

Mohandisin, 4 Disember- Mahasiswa haruslah mengambil berat akan keselamatan masing masing dan tidak terlibat dengan apa jua aktiviti rakyat Mesir termasuk perbualan berkenaan politik Mesir. Demikian pesan TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia kepada Jawatan Kuasa Pusat ISMA Mesir semasa mengadakan lawatan rasmi ke pejabat kedutaan yang bertempat di Mohandisin tempoh hari.

Pertemuan yang menemukan barisan JKP ISMA Mesir dengan Duta Besar Malaysia dan 4 orang pegawai atase ini bertujuan memperkenalkan ISMA Mesir dan halatujunya akan datang serta membincangkan perihal mahasiswa, isu semasa di Mesir dan tindakan keselamatan yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar di seluruh universiti di Mesir.

TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari turut memuji sikap proaktif ISMA Mesir dalam membina hubungan erat dengan kedutaan.

ISMA Mesir berharap agar hubungan baik ini berterusan dan ruang perbincangan antara duta dan mahasiswa seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

jkp duta

Comments

comments

admin