Mahasiswi Mesir Dipukul

1499377_624139920976999_334211654_n

 

Kaherah, 8 Disember – Demonstrasi di hadapan Kuliyah Al-Azhar Banat pagi ini telah mengakibatkan sebahagian fakulti ditangguhkan  kerana beberapa pintu utama al-Azhar Banat ditutup. Kejadian berlaku seawal jam 7.00 pagi.

“ Saya melihat seorang pengawal mengamuk dan memukul mahasiswi yang sedang berkumpul. Ada seorang mahasiswi Arab cedera berdarah. Kami sempat lari, sebelum pengawal tersebut meluru keluar.” Begitulah kenyataan salah seorang saksi, Siti Nur Deena, mahasiswi tahun 1 pengajian agama yang berada di tempat kejadian.

Peristiwa ini menyebabkan sebahagian mahasiswi terpaksa pulang kerana beberapa kelas ditangguhkan serta merta. Namun begitu, kelas untuk pelajar perubatan dan beberapa fakulti lain berjalan seperti biasa.

“ Kami pada awalnya melihat ramai orang berkumpul, cuma kami hairan hari ini lebih ramai berbanding hari-hari biasa. Kami mengambil keputusan untuk pulang, kerana semua pintu utama tertutup,” katanya lagi.

Beberapa siri demonstrasi telah diadakan di seluruh kawasan Mesir setiap hari sejak peristiwa berdarah di medan Rab’ah. Tempat yang menjadi tumpuan kini adalah di universiti-universiti di mana rakyat terutamanya pemuda menyatakan bantahan terhadap kerajaan kudeta Mesir kini.

Comments

comments

Comments are closed.