Dakwah ISMA Mesir akan terus tersebar

IMG_0147

Abbasiyah, 6 Disember – “Perjumpaan kita kali ini bertujuan agar ahli ISMA Mesir jelas tentang gerak kerja persatuan kita bagi sesi kali ini. Tiada rahsia yang wujud antara barisan kepimpinan dengan ahli kerana ISMA Mesir milik kita semua. Dakwah ISMA akan terus mara. Di mana ada orang Malaysia, di situ ada Dakwah ISMA. “

Demikian kata-kata Ustaz Qamarul Naim Mohd Faizal, Pengerusi ISMA Mesir dalam ucaptama beliau dalam Hari ISMA baru-baru ini. Bertempatkan di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah, Hari ISMA diadakan demi menyemai ukhuwah di antara ahli seluruh di cawangan Mesir. Di dalam program ini juga turut disertakan pembentangan gerak kerja ISMA Mesir bagi sesi 2013/2014.

Yang menjadi penumpuan ISMA Mesir ialah pembangunan ahli dalam beberapa aspek seperti pembudayaan ilmu, kepimpinan dan ketokohan. Beberapa slot seperti slot bersama jawatankuasa pusat dan slot khas bersama mahasiswi diadakan untuk memberi ruang kebersamaan ahli barisan pimpinan dengan ahli.

“Jika kita tiada ilmu, kita tiada apa-apa yang boleh diberikan pada orang lain. Sebagai mahasiswa, kita perlu ada visi dan misi yang jelas untuk menjadi lebih ke hadapan,” sebut Ustaz Nik Rafie Bin Nik Zainal Alam dalam slot pengisian yang bertajuk ‘Kemenjadian Seorang Ahli’.

Hari ISMA telah disertai oleh lebih 300 orang ahli dari seluruh cawangan di Mesir. Program ini diserikan lagi dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh wakil duta pegawai atase pendidikan Mesir, Encik Khairi Jalalludin.

Comments

comments

Comments are closed.