Mahasiswa Malaysia di Mesir diseru waspada, Melayu Resto diserang Molotov

IMG-20131205-WA0003

MANSOURA, 30 Nov: Sebuah kedai makan untuk mahasiswa Malaysia di Mesir yang dikelolakan oleh mahasiswa Indonesia, Melayu Resto, telah diserang dengan beberapa lontaran Molotov yang menyebabkan beberapa aset kedai terbakar.

Serangan tersebut berlaku pada pukul 8 malam dimana ketika itu 4 orang mahasiswi dan seorang mahasiswa sedang makan di sana.

“Saya melihat ada sebuah motosikal berhenti di depan kedai makan Melayu resto lalu dia melontar beberapa molotov kearah kami di dalam kedai makan tersebut. Alhamdulillah kami sempat berlari ke dalam kedai menyelamatkan diri” berkata mangsa yang terlibat, Ihsan Musa mahasiswa tahun 2 pergigian .

Beberapa mahasiswa yg berdekatan melihat asap tebal keluar dari bawah rumah. Lalu berlarian ke arah asap tebal tersebut kerana merasakan yang terbakar itu adalah kedai makan Melayu.

“Kebetulan kami berada di syari’(jalan) Syarqawi, tiba-tiba nampak asap keluar berkepul-kepul dari aras bawah. Saya dan beberapa kawan yang lain bergegas ingin membantu, tak sangka-sangka yang terbakar tu Melayu Resto,ketika tu ada seorang rakyat mesir sedang membantu memadamkan api. Dan kami dalam keadaan cemas membantu apa yang terdaya.” kata seorang saksi melihat kebakaran tersebut dari awal.

Kebakaran Berjaya dihentikan selepas setengah jam. Mereka yang berada di dalam keluar dari tempat kebakaran sejurus itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

Comments

comments

Comments are closed.