ISMA MESIR Rangka Semula Barisan Kepimpinan

JKP BARU3

Wartawan : Syafiq Wan Hazmy

KAHERAH, 27 November : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengorak langkah merangka semula barisan kepimpinan Jawatan Kuasa Pusat bagi sesi 2013/2014 bagi menampung tuntutan amal yang makin meningkat selain jumlah ahli ISMA Mesir yang kian bertambah. Jawatan Kuasa Pusat yang baru ini juga dirangka selari dengan polemik pergerakan mahasiswa di Mesir pasca krisis nasional yang melanda negara itu.

Antaranya adalah penjenamaan semula Exco Tarbiah dan Exco Cawangan yang masing-masing kini dikenali sebagai Exco Pembangunan Sumber Manusia dan Exco Hal Ehwal Dalaman dan penubuhan satu unit baru dalam barisan JKP iaitu Exco Aktivisme. Pengubahsuaian terhadap barisan kepimpinan tersebut bertujuan bagi membentuk satu persatuan mahasiswa yang bergiat aktif dan profesional bertaraf pemikiran mahasiswa kelas pertama dan matang.

ISMA Mesir juga berharap agar barisan JKP yang baru dilantik dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan cekap dan proaktif. Dengan struktur organisasi yang berkerangka baru pula diharapkan menjadi pemacu misi ISMA Mesir dalam bersama membangun mahasiswa beragenda.

Berikut adalah senarai barisan JKP sesi 2013/2014 yang baru :

Pengerusi : Qamarul Naim Bin Mohd Faizal
Timbalan Pengerusi : Syed Israa’ Bin Syed Ibrahim
Setiausaha : Ahmad Farhan Bin Selamat
Bendahari Kehormat : Umar Farouq Bin Morhalim
Ketua Wanita : Khairah Binti Abdul Halim
Timbalan Ketua Wanita : Fadhlin Sakinah Binti Mohd Hussaini
Exco Hal Ehwal Dalaman : Nik Rafie Bin Nik Zainal Alam
Exco Pembangunan Sumber Manusia : Ahmad Syamil Bin Mohd Esa
Exco Wanita : Noor Hazwani Binti Mohamed
Exco Latihan dan Kepimpinan : Bilal Bin Jailani
Exco Media dan Penerangan : Abdur Rahman Bin Ahmad Raji
Exco Aktivisme : Mohd Hilmi Bin Husman
Exco Khas 1 : Ahmad Fahmi Bin Rashid Redza
Exco Khas 2 : Wafa’ Binti Abdul Halim

Comments

comments

admin