Muzakarah Wanita ISMA-Mesir

mz

Hayyu Ashir, 26 Nov 2013 – Saidatina Asma’ Bint Abu Bakr telah membuktikan bahawa dalam tiap fasa kehidupan ; peranan wanita sangat mengesani jatuh bangun sesebuah masyarakat, bangsa dan agama.

Justeru itu, wanita ISMA-Mesir telah mengambil inisiatif mengadakan Muzakarah Wanita ISMA-Mesir bertempat di Dewan Darul Hassan, Hayyu 10.

Muzakarah yang dihadiri oleh barisan pimpinan utama wanita ISMA-Mesir ; jawatan kuasa pusat (JKP) wanita, timbalan ketua biro, timbalan agensi-agensi dan timbalan ketua cawangan – telah membincangkan hala tuju ahli wanita ISMA-Mesir dan pelbagai isu mahasiswi Malaysia di Mesir terutamanya.

Antara isunya adalah strategi ISMA-Mesir membangunkan kepimpinan dalam kalangan mahasiswi, galakan pembudayaan ilmu serta jati diri mahasiswi dalam depani arus modenisasi.

Ketua wanita ISMA-Mesir, Ustazah Khairah Binti Abdul Halim turut merakamkan harapan buat barisan pimpinan wanita ISMA-Mesir dan ahli ISMA-Mesir keseluruhannya ; agar menjadikan agenda dakwah mendasari tiap detik kehidupan diri.

Comments

comments

admin