Tahniah Graduan ISMA Mesir

 Tahniah Graduan ISMA Mesir

 

israa

 

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat ahli ISMA Mesir  yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan masing-masing dengan sekalung ijazah daripada universiti-universiti di sekitar bumi Mesir. ISMA Mesir juga mengucapkan selamat berkhidmat di bumi Malaysia dan semoga menjadi pemacu kemajuan negara tercinta. Nama-nama graduan ISMA Mesir adalah yang berikut mengikut jurusan akademik di fakulti universiti masing-masing :

Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar :

  1. Syed Ahmad Israa’ Bin Syed Ibrahim
  2. Bilal Bin Jailani
  3. Ramadhan Bin Awang
  4. Muhammad Firdaus bin Zalani
  5. Abdullah Husaini Bin Zainuddin
  6. Mohammad Izhar Bin Zainal
  7. Muhammad Nurfadzli Bin Anuar
  8. Shihab Rashidee Bin Norhisam
  9. Nik Muhammad Rafie Bin Nik Zainal Alam
  10. Khairul Fatihin Bin Saedal Atas
  11. Madiha Bt Ahmad
  12. Nasyitah Farhanah Bt Johari Faisal
  13. Nur Sakinah Bt Ismail
  14. Zainab Husna Bt Hussein
  15. Husna Bt Mahmud
  16. Diana Bt Azamuddin

Fakulti Ulum Islamiyah Universiti Al-Azhar:

  1. Hasan Basri Bin Ismail

Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar :

  1. Nurhanisah Bt Baharuddin

Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah :

  1. Basyir Bin Kamaruzaman
  2. Diyana Bt Rasol
  3. Farhana Bt Maswan

Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti Mansourah :

  1. Mohamad Zul Azri Bin Mohamad Zaimi
  2. Auni Bt Salleh

Maahad Qiraat lil Banat Mansourah:

  1. Nurul Idayu Bt Limat.
  2. Sarina Bt Abd Razak
  3. Nur Jannah Bt Amran

Ucapan tahniah khusus buat Ustaz Syed Ahmad Israa’ Bin Syed Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pengerusi ISMA Mesir kerana berjaya mencapai gred Jayyid Jiddan Ma’a Martabat As-Sharaf ( Gred Amat Baik dengan Kepujian Tertinggi) selepas empat tahun menuntut di Fakulti Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau yang berasal dari Kota Damansara ini kini sudah mendirikan rumah tangga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Keistimewaan sebenar graduan islam terletak pada risalah dakwah islamiah yang digenggam yang diharapkan menjadi paksi pembaikpulihan akidah masyarakat di tanah air nanti. Segala ilmu dan pengalaman yang mengajar dalam aspek akademik, tarbiah, mahupun dakwah yang sempat digarap di bumi anbia’ ini menjadi amanah dalam mengotakan cita-cita tersebut. Di samping itu, kepakaran para graduan dalam bidang masing-masing juga penting dalam pembangunan umat Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Justeru, dengan pulangnya sebahagian kecil daripada generasi harapan ummah ini ke tanah air diharapkan akan membawa arus baru dalam corak pemikiran rakyat Malaysia beragendakan tuntutan agama Islam lantas membentuk jati diri muslim demi membangunkan negara tercinta berlandaskan tuntutan tersebut.

 

Wartawan : SyafiqWan Hazmy

Comments

comments

admin