ISMA Mesir hadiri Sambutan Hari Malaysia ke-56

IMG-20131113-WA0012Kaherah, 13 November – ISMA Mesir telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia ke-56 yang bertempat di Grand City, Kaherah semalam bagi memenuhi jemputan TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia di Mesir.

Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh persatuan-persatuan pelajar lain seperti BKAN, ARMA, KPMM, ABIM, Kelab IKRAM Mesir, PMRAM dan lain-lain. Perkumpulan seperti ini dapat membuka ruang perbincangan dan pertukaran pendapat antara persatuan-persatuan yang ada di Mesir sekaligus menerapkan nilai-nilai keterbukaan dalam kalangan mahasiswa.

ISMA Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia¬†TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari atas jemputan yang diberikan.

Comments

comments

admin