Pengajian di Uni Al Azhar tangguh hingga 19 oktober.

Majlis Pentadbiran Universiti Al-Azhar memutuskan penagguhan pengajian bagi seluruh kuliah di Al-Azhar
Pihak Universiti menjelaskan keputusannya untuk menangguhkan pengajian sehingga 19 oktober 2013. Mereka bersepakat untuk menangguhkan pengajian bagi seluruh kuliah Azhar ketika mengadakan perjumpaan bagi kali kedua disebabkan proses penyelenggaraan di Madinah Jami’ah yang belum selesai dan tidak bersedia menerima kedatangan pelajar.
Persatuan Pelajar Al Azhar tidak bersetuju untuk menangguhkan pengajian kerana dikhuatiri akan memendekkan tempoh pengajian.
Sejurus itu, Majlis Pentadbiran Universiti Al-Azhar telahpun memutuskan untuk memulakan pengajian pada sabtu depan namun telah pun merujuk kembali keputusannya berpunca daripada masalah yang telah disebutkan tadi.
Sumber : Al-Azhar University

Comments

comments

admin