Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Abdullah Azahari

 

 

BANGI, 27 Ogos – Seluruh warga ISMA Mesir mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Abdullah bin Azahari di atas pemergian beliau pagi semalam.

 

Abdullah Azahari, pelajar perubatan tahun 4 di Universiti Ain Shams, merangkap Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams, Kaherah, Mesir telah meninggal dunia pagi semalam akibat pendarahan dalaman di bahagian kepala selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di Terengganu. Arwah dimaklumkan meninggal di tempat kejadian.

 

Seluruh warga ISMA Mesir mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat Allah dan akan digolongkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Juga didoakan semoga arwah mendapat tempat yang mulia dan tinggi di sisi Allah s.w.t.

 

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

 

 

 

 

Comments

comments

admin