Malaysia Berbeza Dengan Negara Arab Untuk Dijadikan Rakyat Spring

sektar
Wartawan : Adilah Syazwan

3 Ogos, Bangi – Ustaz Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA, menegaskan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu terikut-ikut dengan demostrasi “Arab Spring”.

“Ini kerana situasi di negara kita cukup berbeza dengan negara Arab yang korupsinya sangat melampau, pemerintahnya yang tidak mempunyai projek pembangunan negara untuk rakyat serta secara jelas dan nyata menjadi boneka Barat untuk menghancurkan umat Islam.”

Kata beliau lagi, Malaysia perlukan perubahan tetapi bukan dengan cara meruntuhkan dan bina semula sebaliknya menimbang-tara perkara-perkara yang perlu diubah, dibaiki dan dikekalkan.

Ucapan ini dibuat dalam slot yang disampaikannya di dalam program JALINAN yang diadakan baru-baru ini.

”Dalam situasi sekarang, ISMA mengambil pendekatan zaman Makkah di mana pembentukan semula individu dari sudut akhlak dan neraca pemikiran perlu diberi perhatian kerana masyarakat sekarang semakin celaru dan lemah,” ucap Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA dalam slot beliau yang bertajuk “Peta Perubahan ISMA dan Peranan Kuasa Ketiga.”

Sementara itu, di dalam slot bersama Ustaz Hazizi Abdul Rahman, Pengerusi Biro Latihan dan Kepimpinan ISMA, pelajar-pelajar diberi kefahaman yang mendalam tentang ancaman ideologi-ideologi Barat yang semakin menular seperti humanisme, pluralisme, sekularisme dan liberalisme supaya masyarakat sedar dan menolak segala ‘isme’  yang mencairkan kefahaman Islam yang sahih.

”Liberalisme ini mementingkan kebebasan, individualistik dan logik akal. Mereka memperjuangkan 30 perkara dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, antaranya dalam Perkara 18, hak seseorang menukar agama dibolehkan atas alasan tidak ada paksaan dalam Islam.”

Demi mempertahankan Islam dari segala ancaman luar dan dalam, pendirian dan pendekatan ISMA dilihat berbeza dan tidak statik disebabkan keadaan Malaysia yang sentiasa berubah-ubah.

JALINAN yang bertempat di Kem Nur Sg. Merab selama 2 hari mengumpulkan pelajar-pelajar dari luar Negara seperti Mesir, Jordan, Eropah, India, Korea dan Jepun bertujuan merapatkan ukhuwwah serta memberi kefahaman terhadap pembawakan ISMA pada hari ini.

Comments

comments

admin