Majlis Iftar : Mengoptimumkan Ramadhan

 

alex

 

Wartawan : Marlyana binti Mohd Termizi

Iskandariah, 16 Julai – Dengan izin Allah SWT Yang Maha Pemurah, sebuah program santai Iftar Perdana  anjuran mahasiswi ISMA-Iskandariah telah berlangsung pada 7 ramadhan 1434 H baru-baru ini. Mencatatkan kehadiran seramai hampir 40 lebih mahasiswi, acara iftar berlansung dengan cukup meriah kerana ia telah menjadi  ruang perkumpulan ekoran sekian lama tidak bersua muka berikutan musim peperiksaan.

Acara pada pukul 6.00 petang itu bermula dengan tadarus (bacaan) Al-Quran bersama, selingan tazkirah dan sesi perkongsian.

“Akhawat perlu sentiasa bermuhasabah azam ramadhan yang telah dibuat, sebelum ramadhan bermula ; adakah sudah tercapai?”, peringatan yang dilontarkan oleh Ketua Cawangan ISMA-Iskandariah (akhwat), saudari Nur Atikah Zakaria.

Iftar kali ini dianjurkan dengan harapan ia menjadi ruang peringatan agar mahasiswi sentiasa meningkatkan amal dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, khususnya agar ramadhan kali ini bertambah baik dari ramadhan yang sebelumnya.

Di samping itu, perkongsian yang disampaikan oleh Dr. Maisarah Rahman, graduan Universiti Alexandria, menambah daya tarik majlis serta mengesani para hadirin. Antara yang dikongsikannya ialah bagaimana beliau menghabiskan ramadhan pada tahun pertama di Mesir dan hari pertama ramadhan di Syria semasa beliau menuntut di tahun dua.

“Akhawat, di sinilah ! Di mesir inilah tempat untuk akhawat mula melakukan perubahan dalam diri akhawat. Malah, Allah telah memberikan bulan khusus ini untuk kita semua mula melakukan perubahan dalam diri kita, jangan disia-siakan peluang ini”, tegas Dr. Maisarah dalam memberi dorongan menghidupkan ramadhan.

Acara tamat sekitar jam 8.30 malam seusai solat maghrib berjemaah dan makan bersama. Harapnya ramadhan kali ini, kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam mafhum hadith “Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata :

“Amin..amin. .amin..”.

 

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau :

“Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah gerangan?)”

 

Kemudian Rasulullah memberikan keterangan :

 

“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan(puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengAMPUNan (pada bulan Ramadhan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” Kemudian aku meng aminkannya…”

Comments

comments

Comments are closed.