Kualiti Umat Islam Hari Ini Boleh Dipertikai

iftar perdana Wartawan: Asyraf Kosnan (Jurugambar: Hasan Halim)

MADINAH NASR, 13 Julai: Menyedari akan hakikat situasi dan keadaan umat Islam hari ini yang terbahagi kepada beberapa kelompok Fundamentalis, Tradisionalis, Modenis dan Sekularis amat membimbangkan kedudukan umat Islam pada masa depan. Demikian menurut Mejar Nazri Musman, Timbalan Biro Latihan ISMA Pusat.

“Musuh masuk secara senyap dalam kelompok umat Islam ini secara perlahan-lahan untuk menarik keluar daripada landasan Islam yang sebenar. Mula-mula dengan puak sekularis, modenis, tradisionalis dan akhirnya mereka berjaya menguasai umat Islam seluruhnya”, tambah beliau apabila mengulas tentang pergerakan musuh Islam hari ini.

Beliau yang sempat menghadiri majlis Iftar Perdana ISMA Mesir itu di Teratak Kami, Hayy Asyir, telah memperingatkan semua umat Islam agar perlu bersedia khususnya kepada ahli-ahli ISMA bagi mendepani situasi genting generasi umat masa kini dan akan datang sebagai mengambil pengajaran terhadap beberapa peristiwa yang mencabar kedudukan agama Islam berlaku di tanah air baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga berpesan agar semua ahli ISMA agar sentiasa berfikir untuk kepentingan dakwah dan ummat seluruhnya tidak kira apa jua lapangan dan kerja yang diceburi. Bebanan tanggungjawab dan halangan yang ada tidak menjadi alasan untuk meletakkan prioriti dakwah dan tarbiyah. “Kalau kita sudah nak, kita akan nak juga”, ujar beliau lagi.

Comments

comments

Comments are closed.