Siswi Abbasiyah Menghidupkan Ruh Ramadhan di IHYA’ Ramadhan

1044526_547058098685182_54316992_nWartawan : Sakinah Yusof

 

ABBASIYAH, 30 Jun: Bersempena dengan Ramadhan 1434H yang bakal tiba, akhawat ISMA cawangan Abbasiyah telah mengadakan satu program IHYA’ Ramadhan bertemakan “Ramadhan Kami Datang”. Program ini diadakan bertempat di beyt Fateh bermula pada jam 5 petang.

Program dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran daripada surah Al Baqarah ayat 183 sehingga 188 yang berkenaan dengan puasa. Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas berkaitan persediaan menyambut Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

” Persediaan menyambut Ramadhan perlu bermula dari awal, bukan setelah Ramadhan menjelma. Antara persediaan yang boleh dilakukan adalah persediaan iman dan ilmu.”

” Jadikan Ramadhan kali ini sebagai ‘booster dose’ untuk kita menghadapi bulan-bulan yang seterusnya.

Program diserikan lagi dengan pertandingan memasak kek. Peruntukan masa yang tepat akan dapat menghasilkan kek yang cantik, tidak hangit atau kering mahupun mentah. Sama seperti Ramadhan, andai kita memperuntukkan masa yang tepat buat diri baik untuk persediaan, semasa meraikannya dan selepas melaluinya, Ramadhan akan lebih mengesani. Begitu juga bila mana kita perlu cermat dalam memenuhi sukatan bahan memasak kek, maka Ramdhan juga perlu diisi dengan cermat dengan perkara yang bermanfaat. Semoga Ramadhan kali ini dapat disambut dengan penuh makna.

Comments

comments

Comments are closed.