Sekalung Tahniah Buat Dr. Akli Ahmad Mat Saman

akli

 

Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA Mesir) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada Al-Fadhil Dr. Akli Ahmad Mat Saman atas kejayaan beliau menerima anugerah Doktor Falsafah (Ph.D) daripada Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Mesir.

 

Beliau merupakan graduan Universiti Al-Azhar Asy-Syarif yang berasal dari Negeri Kedah Darul Aman telah membentangkan tesis beliau yang bertajuk ‘ Pensyariatan Helah Di Dalam Muamalat Harta Dalam Feqh Islamiy Bersama Praktikalnya Bagi Bank-bank Islam di Malaysia Secara Khususnya dan Bank Islam Yang Lain Secara Amnya ‘di Dewan Kuliah Syariah, Kaherah pada 29 Jun 2013 yang lalu dengan pencapaian Cemerlang.

Semoga kejayaan dan kegigihan beliau dalam menuntut ilmu terus menjadi inspirasi dan teladan bagi seluruh pelajar Malaysia di Mesir di dalam menuntut ilmu.

 

“Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda”

Comments

comments

admin